top of page

APRESIASI SENI

QUIVERVISION.COM 

Quivervision adalah satu aplikasi mewarna untuk kanak-kanak yang dibangunkan dengan menggunakan teknologi Augmented Reality atau AR yang boleh menghidupkan gambar 2D kepada 3D.  

 

Quivervision telah menghasilkan satu keunikan iaitu dapat meghasilkan imej 3D melalui imbasan telefon pintar dengan citarasa dan kreativiti warna sendiri pada gambar 2D yang disediakan. 

 

1. Print

Muat turun set colouring book yang sediakan di bawah kemudian print. 

Seronok kan.. Jimat! Ini antara set coloruing book yang disediakan.

2. Warna

Memilih gambar yang mana anda mahukan dan mewarna bersama kawan.

Mari kita melalui teknik campuran warna, dalam masa yang sama awak akan teruja hendak tengok hasilnya.

3. Imbas

Mengimbas melalui imbasan telefon pintar melalui aplikasi Quiver. Inilah bahagian yang paling menyeronokkan.

Aplikasi Quiver boleh didapati di dalam google play store  bagi yang menggunakan telefon pintar android atau apple store bagi yang menggunakan iphone atau ipad.

 

Selepas selesai mewarna, anda imbaskan dan tengok bagaimana gambar yang anda warna hidup menjadi 3D dan boleh berinteraksi.

Selain itu, anda juga boleh merakam gambar dan video seperti yang dikongsikan sebelum ini. Menarik kan. Pastinya anda sudah tidak sabar dan sudah pun mendownload semua set colouring book. Selamat mencuba

© 2024 oleh Cikgu Amin Abu @ Guru Cemerlang PSV 

  • c-facebook
bottom of page