top of page

CORAK

Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara tertentu atau bebas.

CORAK TERANCANG

Dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak.

CORAK TIDAK TERANCANG

Dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya.​
KEMAHIRAN

Bidang ini membolehkan kamu mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada kamu membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran.

Cikgu Amin Abu

Guru Pendidikan Seni Visual

 

JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM CORAK TERANCANG

SUSUNAN ULANG SEKATA
Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan grid sebagai panduan.

 

corak susunan sekata.PNG

SUSUNAN BERSELANG SELI
Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik dan teratur.

 

corak selang seli.PNG

SUSUNAN BATU BATA

Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik dan teratur.

corak batu bata.PNG

© 2024 oleh Cikgu Amin Abu @ Guru Cemerlang PSV 

  • c-facebook
bottom of page